Cari:
Istana Nurul Iman Brunei Dibuka Menyambut Hari Raya Aidilfitri
2016-07-08 16:47:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sempena Hari Raya Aidilfitri, Istana Nurul Iman Brunei Darussalam dibuka tiga hari bermula 7 Julai lalu bagi membolehkan orang ramai mengadap dan menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja.

Rumah terbuka Istana Nurul Iman Brunei diadakan pada Hari Raya Kedua setiap tahun bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, dan dari jam 2 petang hingga 4 petang. Aktiviti ini menarik kunjungan berpuluh-puluh ribu orang dari pelbagai lapisan masyarakat Brunei dan pelancong asing.

Dalam aktiviti ini, para pengunjung istana dapat bersua dan bersalaman dengan Baginda Sultan dan kerabat diraja yang lain, selain dijamu dengan pelbagai juadah makanan dan minuman secara bufet serta disediakan cenderamata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China