Cari:
Kemboja Ulangi Pendirian Tidak Sokong Keputusan Tribunal Timbang Tara Berhubung Isu Laut China Selatan
2016-07-10 14:21:56 CRI Cetak

Kementerian Luar Kemboja mengeluarkan kenyatakan semalam untuk menegaskan lagi pendirian yang tidak menyokong keputusan yang bakal dibuat tribunal timbang tara antarabangsa berhubung isu Laut China Selatan.

Kenyataan itu menyatakan bahawa Kemboja menganggap Filipina mengemukakan tuntutan agar meminta tribunal timbang tara menyelesaikan pertikaian antara Filipina dengan China, tetapi prosiding timbang tara ini tidak berkaitan dengan semua negara anggota ASEAN.

Ketika menyebut tentang kes timbang tara tersebut, Perdana Menteri Kemboja Hong Sen pada bulan Jun lalu pernah menyatakan bahawa Parti Rakyat Kemboja (CPP) menentang sebarang kenyataan ASEAN untuk menyokong keputusan mengenai kes tersebut. Terdapat beberapa negara di luar rantau memaksa ASEAN mengelurkan kenyataan sokongan sebelum keputusan itu dibuat oleh tribunal antarabangsa. CPP menganggap kegiatan itu adalah muslihat politik untuk memecahkan hubungan antara negara ASEAN dengan China. Negara-negara yang bukan rantau ini berusaha mengumpul tenaga untuk menentang China, hal ini akan membawa impak negarif terhadap kedamaian ASEAN dan rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China