Cari:
Makanan Halal dan Sumber Pelancongan Gansu China Menarik Minat Negara ASEAN
2016-07-10 14:48:13 CRI Cetak

Forum Lanzhou mengenai Kerjasana Ekonomi dan Teknologi China-ASEAN yang dianjurkan bersama-sama oleh Pusat China-ASEAN dan kerajaan provinsi Gansu China telah diadakan semalam. Kelebihan provinsi Gansu dalam bidang pengeluaran makanan halal, sumber pelancongan dan sumber tenaga baharu turut menarik minat pegawai kerajaan dan pedagang dari negara anggota ASEAN. Mereka mengundang syarikat-syarikat Gansu mengembangkan perusahaan di negara ASEAN.

Forum kali ini antara siri aktiviti Ekspo Lanzhou ke-22. Ekspo Lanzhou menyediakan pavilion ASEAN khas supaya negara-negara ASEAN mempromosikan produk yang istimewa dan mencari peluang perniagaan dengan Gansu.

Duta Besar Brunei Darrusalam ke China menyatakan bahawa makanan dan ubat-ubatan yang halal Gansu mempunyai kelebihan yang luar biasa. Beliau berharap syarikat Gansu melabur di Brunei dan juga mengalu-alukan pelancong Islam Gansu ke negaranya.

Pada tahun 2015, jumlah import eksport antara Gansu dengan 10 negara ASEAN mencata RMB 9.4 bilion. Setakat penghujung bulan Jun lalu, terdapat 17 buah syarikat Gansu melabur secara langsung di negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China