Cari:
Campur Tangan Pihak Ketiga Burukkan Lagi Situasi di Laut China Selatan
2016-07-11 14:48:46 CRI Cetak

Naib Ketua Institut Pengajian China Universiti Malaya, Doktor Rao Zhaobin semalam di Kuala Lumpur menyatakan, penglibatan pihak ketiga dalam pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan akan menyebabkan situasi di kawasan tersebut menjadi lebih rapuh, keruh dan tidak dapat diduga.

Doktor Rao menganggap, pihak-pihak terbabit perlu bersikap tenang dan rasional melipatgandakan usaha demi menyelesaikan perundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan(COC), hingga membina kerangka teori bagi mengelakkan pertelingkahan seumpama itu daripada berulang.

Felo penyelidik kanan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Oh Ei Sun berpendapat, semua pihak sepatutnya menumbuhkan rasa saling percaya bagi menyambung semula rundingan. Pada masa ini, adalah kekurangan kesalingpercayaan antara satu sama lain. Dalam konteks ini, campur tangan pihak ketiga hanya akan memburukkan lagi pertikaian berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China