Cari:
Tentera Indonesia Mahu Masuk Filipina Selamatkan Tebusan
2016-07-13 14:10:08 CRI Cetak

Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengumumkan pada 12 Julai lalu bahawa ia bercadang untuk memasuki Filipina melaksanakan tugas anti keganasan, iaitu menyelamatkan 10 orang tebusan warga Indonesia yang ditahan oleh Kumpulan Abu Sayyaf buat masa sekarang. Tetapi TNI juga mengakui bahawa pelan terperinci yang berkenaan masih belum disetujui oleh pihak Filipina.

Jurucakap TNI berkata, walaupun penculikan yang berkaitan dengan tebusan warga Indonesia ditahan oleh Kumpulan Abu Sayyaf sudah meningkat kepada 4 kes sejak tahun ini, pihak Filipina tetap tidak membenarkan TNI melaksanakan tugas anti keganasan di negaranya.

Menteri Pertahanan Indonesia, Jeneral Ryamizard Ryacudu berkata, beliau mengadakan sidang tiga pihak pada 12 Julai lalu dengan Menteri Pertahanan Malaysia dan Menteri Pertahanan Filipina untuk berbincang tentang kerjasama keselamatan laut dan rancangan konkrit yang boleh dijalankan oleh tentera Indonesia untuk masuk Filipina melaksanakan tugas anti keganasan.

Sementara itu, Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan, Luhut B. Pandjaitan berkata, apabila melaksanakan tugas di Filipina, TNI akan menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China