Cari:
Ekonomi Singapura Suku Kedua Dijangka Naik 2.2%
2016-07-15 14:36:51 CRI Cetak

Menurut statistik yang diumumkan Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI) pada 14 Julai lalu, ekonomi Singapura pada suku kedua tahun ini meningkat 2.2% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, iaitu lebih tinggi daripada 2.1% yang tercatat pada suku pertama.

Statistik tersebut juga menunjukkan bahawa pada suku kedua, industri pembuatan yang merupakan satu perlima dalam keseluruhan ekonomi Singapura berkembang 0.8% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, sekali gus menghentikan trend merosot yang tercatat dalam beberapa suku lalu. MTI Singapura menyatakan, industri perubatan biologi dan elektronik menyumbang kepada peningkatan industri pembuatan pada suku kedua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China