Cari:
Keputusan Muktamah PCA Tidak Munasabah
2016-07-17 15:42:48 CRI Cetak

Ramai pegawai dan pakar asing menyifatkan keputusan muktamah Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague berhubung pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan tidak munasabah dan tidak sah.

Felo penyelidik Institut Pengajian Asia Timur Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Zeng Huiyi menyatakan, keputusan itu bukan sahaja tidak sejajar dengan keadaan semasa, bahkan juga tidak berguna sama sekali bagi menyelesaikan pertikaian berkenaan. Adalah jelas bahawa kerajaan China memberi isyarat kepada Filipina untuk kembali ke meja rundingan. 

Bekas anggota dewan perwakilan Filipina, Satur Ocampo berkata, bekas Presiden negara itu, Benigno Aquino III tidak patut membawa kes timbang tara ke PCA. Pertelingkahan antara Beijing dengan Manila menjadi alasan kepada Amerika Syarikat untuk campur tangan dalam hal ehwal rantau ini.

Bekas Menteri Pendidikan Filipina, Antonio Valdez menganggap, pertikaian China-Filipina tentang isu Laut China Selatan sebenarnya perlawanan China dengan AS. Washington menjadikan Manila sebagai boneka untuk mengekang China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China