Cari:
Keputusan Kes Timbang Tara Laut China Selatan Tidak Sah
2016-07-18 14:41:53 CRI Cetak

Beberapa sarjana dan pakar yang menyertai Seminar Undang-undang Antarabangsa mengenai Penyelesaian Pertikaian Laut di Hong Kong baru-baru ini menyifatkan apa yang disebut "keputusan muktamad" yang dibuat oleh tribunal timbang tara antarabangsa kes Laut China Selatan mengandungi niat jahat dan tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa. Keputusan itu demi tujuan politik melalui Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS).

Profesor John Carty dari Universiti Tsinghua berpendapat bahawa petikan dan tafsiran konvensyen itu dalam keputusan tersebut mempunyai niat yang jahat. Beliau bersetuju dengan sikap kerajaan China yang tidak menyertai dan tidak menerima kes tersebut.

Profesor undang-undang antarabangsa Universiti Virginia Amerika Syarikat (AS), Myron Nordquist pula menyatakan bahawa tribunal timbang tara antarabangsa mengabaikan pendapat umum kalangan ilmiah antarabangsa serta fakta dan menentukan Pulau Taiping sebagai terumbu karang, ini telah memperlihatkan tribunal itu menggunakan konvensyen secara berpilih-pilih yang memihak Filipina.

Seminar Undang-undang Antarabangsa mengenai Penyelesaian Pertikaian Laut yang dianjurkan bersama oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Hong Kong dan Persatuan Undang-undang Antarabangsa China diadakan di Hong Kong pada 15 hingga 16 Julai lalu. Lebih 210 orang sarjana dan pakar dari lebih 10 buah negara dan kawasan termasuk China, AS, Australia dan Perancis telah menyertai seminar tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China