Cari:
Ketepikan Keputusan Timbang Tara dan Kembali ke Meja Rundingan
2016-07-19 11:54:48 CRI Cetak

Mantan Ketua Pengarah Pejabat Penerangan Dewan Negara China yang juga Ketua Sekolah Penerangan Universiti Renmin China, Zhao Qizheng berkata, China dan Filipina perlu menyelesaikan perselisihan Laut China Selatan melalui rundingan langsung, di samping keputusan kes timbang tara harus diketepikan.

Beliau berkata demikian dalam Simposium Kumpulan Pemikir Peringkat Tinggi mengenai Isu Laut China Selatan dan Perkembangan Kerjasama Serantau yang diadakan di Singapura semalam.

Ketika diwawancara wartawan selepas majlis perasmian, beliau berkata sama ada rakyat awam ataupun tokoh politik yang bijaksana dari Filipina, mereka tahu bahawa pertikaian Laut China Selatan antara China dengan Filipina tidak seharusnya diselesaikan melalui muslihat politik, sebaliknya rundingan langsung.

Ketika menyebut tentang keputusan timbang tara yang dibuat oleh tribunal timbang tara Laut China Selatan, Zhao Qizheng menganggap keputusan tersebut patut diketepikan, dan rundingan perlu berdasarkan pelbagai perjanjian yang telah dicapai antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China