Cari:
Benigno Aquino III Sembunyikan Kebenaran
2016-07-19 13:47:38 CRI Cetak

Kolumnis Filipina, Francesco Tatad menulis artikel yang bertajuk "Pecahkan Kebuntuan Laut China Selatan" yang disiarkan melalui akhbar The Manila Times semalam.

Beliau dalam artikelnya mengemukakan soalan iaitu berapa banyak bayaran telah dibelanjakan kerajaan dalam kes timbang tara Laut China Selatan? Adakah orang asing yang menghulurkan bantuan wang? Beliau berpendapat pemerintah Benigno Aquino III perlu mengumumkan kebenaran kepada orang awam.

Dalam artikel itu dinyatakan, menurut perlembagaan Filipina, peruntukan kerajaan mesti berdasarkan undang-undang. Filipina telah membelanjakan USD30 juta (RM119.6 juta) dalam bayaran bil peguam kes timbang tara ini. Namun keadaan perbelanjaan masih belum diumumkan setakat ini.

Tatad juga berkata, "sejak mulanya China telah menolak menyertai timbang tara itu, dan seluruh proses timbang tara hanya dihadiri Filipina sahaja. Ini tidak adil. Memaksa China menerima keputusan yang dianggap tidak sah adalah tidak adil."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China