Cari:
Serpihan Pesawat Disyaki Milik MH370 Ditemui di Tanzania
2016-07-19 13:34:09 CRI Cetak

Satu serpihan pesawat yang disyaki milik pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang hilang lebih dua tahun lalu, ditemui di Tanzania pada 23 Jun lalu. Serpihan pesawat itu telah dihantar ke Canberra, Australia untuk pemeriksaan.

Menurut Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), pihaknya akan bekerjasama dengan juruteknik dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), untuk melakukan pemeriksaan ke atas serpihan itu demi mengesahkan sama ada ia konsisten dengan panel pesawat MH370 Boeing-777.

Menurut DCA, setakat ini, ATSB telah menerima empat serpihan yang hampir pasti milik MH370.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China