Cari:
Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN
2016-07-19 15:15:51 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Perdana Menteri Laos, negara pengerusi bergiliran ASEAN, Thongloun Sisoulith saling mengutus perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN hari ini.

Li berkata, China mengucapkan tahniah atas penubuhan Komuniti ASEAN dan berharap agar ASEAN memainkan peranan yang lebih penting dalam urusan serantau dan antarabangsa. China akan terus menyokong kedudukan utama ASEAN dalam proses integrasi dan kerjasama serantau, selain terus menggalakkan perkembangan hubungan China-ASEAN dan menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.

Thongloun Sisoulith pula berkata, hubungan ASEAN-China membuahkan hasil yang cemerlang sejak terjalinnya hubungan dialog 25 tahun lalu. Kedua-dua pihak terus memperkasakan kerjasama dalam bidang keselamatan politik, ekonomi dan sosial. ASEAN komited memperkukuh perkongsian strategik dengan China supaya memberikan sumbangan bagi keamanan, keselamatan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan berterusan rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China