Cari:
HSR Pengubah Strategi Malaysia, Singapura
2016-07-20 11:38:51 CRI Cetak

Projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Malaysia dengan Singapura yang dijadualkan siap pada tahun 2026 akan memberi kelebihan terhadap pembangunan kedua-dua negara menerusi penjanaan ekonomi, gaya hidup dan nilai hartanah.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong yakin HSR yang mencerminkan kemakmuran Malaysia dan Singapura itu juga akan menjana pembangunan ekonomi di bandar-bandar di sepanjang laluan.

Memorandum persefahaman (MoU) projek itu ditandatangani semalam dengan disaksikan oleh kedua-dua Perdana Menteri tersebut di Seri Perdana.

Najib dalam sidang akhbar berkata, kedua-dua negara kemudiannya akan mewujudkan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh MyHSR Corporation, Pihak Berkuasa Tanah Singapura dan agensi-agensi berkaitan untuk mengawal selia pelaksanaan HSR yang dikendalikan oleh syarikat yang dilantik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China