Cari:
John Kerry Bakal Lawat Filipina
2016-07-20 14:01:10 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry bakal mengadakan lawatan rasmi ke Filipina pada 26 dan 27 Julai ini.

Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama Kerry ke Filipina selepas Rodrigo Duterte dilantik sebagai Presiden negara itu.

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Mark Toner, Kerry akan mengadakan rundingan dengan Rodrigo Duterte dan Menteri Luar, Perfecto Yasay mengenai kerjasama antara AS dengan kerajaan baharu Filipina.

Menurut penganalisis, lawatan John Kerry kali ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan dengan kerajaan baharu Filipina dan memahami pandangan Rodrigo Duterte tentang kerjasama Filipina-AS pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China