Cari:
Dakwaan Jenayah terhadap Benigno Aquino III
2016-07-21 13:11:59 CRI Cetak

Pesuruhjaya penyeliaan Filipina, Conchita Carpio-Morales semalam menyatakan bahawa Pejabat Pesuruhajaya Penyeliaan sedang meneliti dakwaan terhadap mantan Presiden, Benigno Aquino III yang difailkan oleh beberapa individu dan pertubuhan.

Dakwaan itu berikutan orang ramai mempersoalkan cara Benigno Aquino III menangani kes 44 anggota polis khas yang terbunuh ketika menangkap pengganas di Mamasapano, provinsi Maguindanao pada 25 Januari 2015.

Dua orang anggota keluarga polis yang terbunuh dalam kes itu dan pertubuhan Sukarelawan Banteras Jenayah dan Rasuah (VACC) telah mengemukakan dakwaan terhadap Benigno Aquino III kepada pejabat Pesuruhjaya Penyeliaan.

Benigno Aquino III kehilangan hak kekebalan selepas tempoh perkhidmatan sebagai Presiden berakhir pada 30 Jun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China