Cari:
Peguam AS Serah Serpihan Dipercayai Milik MH370
2016-07-21 15:30:27 CRI Cetak

Menurut Channel News Asia (CNA), Blaine Gibson, seorang peguam dari Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan beberapa serpihan yang dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kepada pegawai Malaysia pada 19 Julai lalu.

Gibson menggunakan perbelanjaan sendiri untuk mencari pesawat malang yang telah hilang selama lebih satu tahun itu.

Pada Mac 2016, beliau telah menemukan sebahagian serpihan pesawat itu di Mozambique.

Pada bulan lalu, beliau turut menjumpai barangan peribadi yang disyaki milik mangsa nahas MH370 seperti beg, topi dan kasut yang terdampar di Pantai Riake, Madagascar.

Gibson berkata, masih terdapat banyak serpihan di Madagaskar, namun beliau hanya menyerahkan barangan yang boleh dibawa pulang.

Tambah beliau, pihak berkuasa Malaysia akan membuat satu kenyataan mengenai perkara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China