Cari:
Arroyo Dibebaskan Selepas Lima Tahun
2016-07-22 14:10:42 CRI Cetak

Mantan Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo telah dibebaskan semalam.

Mahkamah Agung Filipina telah menggugurkan kes rasuah terhadap beliau ekoran kekurangan bukti dan memerintahkan pembebasan beliau dengan serta-merta selepas lima tahun di bawah tahanan hospital.

Pada hari yang sama, Arroyo telah mengucapkan terima kasih kepada Presiden Filipina yang baharu, Rodrigo Duterte dan Mahkamah Agung Filipina.

Arroyo didakwa atas tuduhan menggelapkan dana loteri negara yang berjumlah 366 juta peso (RM35 juta) yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebajikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China