Cari:
Perkhemahan Musim Panas Belia China-ASEAN Berakhir
2016-07-22 14:14:45 CRI Cetak

Perkhemahan Musim Panas Belia China-ASEAN yang pertama anjuran Pusat China-ASEAN, Persatuan Pertukaran Pendidikan Antarabangsa China dan Istitut Pengantarabangsaan Bahasa China Tianjin yang berlangsung dari 12 hingga 22 Julai lalu telah berakhir dengan jayanya.

Sebanyak 33 orang pelajar dari 12 buah negara termasuk China, Malaysia, Indonesia, Singapura, Kemboja, Laos, Vietnam, Filipina, Myanmar, Thailand, Korea Selatan dan Jepun telah menyertai perkhemahan tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi lawatan ke bandar Beijing dan Tianjin.

Ketua Bahagian Pendidikan, Kebudayaan dan Pelancongan Pusat China-ASEAN, Rong Shunan berkata, golongan belialah yang akan mencorakkan masa depan negara dan memikul tanggungjawab yang penting dalam pembangunan masyarakat.

Beliau yakin, aktiviti seumpama ini akan menjadi platform penting kepada belia untuk menjalin persahabatan dan saling memahami antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China