Cari:
China Kesal Vietnam Laksanakan Langkah Perlindungan Perdagangan
2016-07-22 15:01:16 CRI Cetak

Pegawai Kementerian Perdagangan China semalam menyatakan bahawa kerajaan China berasa kesal terhadap keputusan muktamad Vietnam untuk mengambil tindakan perlindungan perdagangan terhadap bilet dan batang kawat import.

Menurut peraturan Vietnam, semua bilet dan batang kawat yang diimport akan dikenakan tarif khas, di samping terma-terma perlindungan perdagangan yang lain.

Menurut data berkenaan, punca peningkatan jumlah import produk besi dan keluli di Vietnam disebabkan jumlah pengeluaran besi dan keluli tempatan tidak mampu memehuhi permintaan pasaran.

Produk besi dan keluli China telah berjaya memenuhi keperluan tersebut yang mendorong perkembangan pesat sektor pembinaan infrastruktur dan industri perkilangan di negara itu.

Pegawai tersebut menegaskan bahawa langkah sekatan perdagangan tidak mampu menyelesaikan masalah produk besi dan keluli di Vietnam, sebaliknya membawa impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara itu.

China berharap agar Vietnam menghormati trend pasaran dan bersama-sama dengan China untuk mendorong kelancaran ekonomi dua hala dan hubungan perdagangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China