Cari:
Aung San Suu Kyi Bakal Lawat AS
2016-07-22 15:31:35 CRI Cetak

Kementerian Luar Myanmar semalam mengumumkan, Penasihat Negara merangkap Menteri Luar negara itu, Aung San Suu Kyi akan mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat (AS) atas undangan Presiden Barack Obama.

Lawatan tersebut merupakan lawatan pertama Suu Kyi ke AS selepas Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) mengambil alih kuasa pada April lalu.

Timbalan Penasihat Keselamatan Negara AS, Ben Rhodes, yang dalam rangka lawatan rasmi ke Myanmar, telah mengadakan pertemuan dengan Aung San Suu Kyi pada 20 Julai lalu.

Menurut Kementerian Luar Myanmar, Rhodes telah menyerahkan surat undangan Presiden Obama secara peribadi kepada Suu Kyi.

Sejurus selepas itu, beliau memutuskan untuk melawat ke AS sebelum tempoh perkhidmatan Obama berakhir pada Januari tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China