Cari:
Pencarian MH370 Ditangguh
2016-07-23 16:33:52 CRI Cetak

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Mesyuarat Menteri Tiga Pihak Malaysia, Australia dan China semalam bahawa kerja mencari pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 akan ditangguhkan sekiranya masih gagal menemui pesawat berkenaan di kawasan pencarian seluas 120 ribu kilometer persegi dan kekurangan bukti yang baharu.

Mesyuarat yang diadakan di Putrajaya semalam dipengerusikan bersama oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester, dan Menteri Komunikasi dan Pengangkutan China, Yang Chuantang.

Dimaklumakan bahawa kawasan pencarian kini hanya tinggal 10 ribu kilometer persegi masih belum selesai. Walaupun pelbagai pihak telah berusaha sedaya upaya, namun kemungkinan menemui pesawat tersebut semakin kecil.

Pada waktu yang sama, kenyataan tersebut juga menegaskan bahawa kalau ada sebarang maklumat baharu yang dapat memastikan lokasi pesawat tersebut, tindakan seterusnya akan dilaksanakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China