Cari:
Wang Yi Adakan Pertemuan dengan Menteri-Menteri Luar ASEAN
2016-07-25 12:29:35 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri luar ASEAN termasuk Kemboja, Thailand dan Myanmar di Vientiane, Laos semalam.

Dalam pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhon, Wang menyatakan penghargaan yang tinggi kepada Kemboja dan negara-negara lain yang berpegang kepada pendirian yang adil dalam isu Laut China Selatan.

Sejarah akan membuktikan pendirian Kemboja itu betul, bukan sahaja dalam usaha mengekalkan perpaduan ASEAN, malah berfaedah bagi memelihara kerjasama China-ASEAN dan ketenteraman serantau secara keseluruhannya.

Prak Sokhon pula berkata, kes timbang tara berhubung dengan isu Laut China Selatan telah menjejaskan kestabilan serantau.

Pihak-pihak terlibat tidak sepatutnya membesar-besarkan lagi isu tersebut, digesa menenangkan fikiran dan memberikan fokus kepada dialog dan kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China