Cari:
Duterte Umum Gencatan Senjata dengan NPA
2016-07-26 15:46:31 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengumumkan gencatan senjata sepihak dengan kumpulan bersenjata Tentera Rakyat Baharu (NPA) dan berharap agar kumpulan itu dapat memberikan respons yang segera.

Ketika menyampaikan ucapan sempena State of the Nation Address (SONA) yang pertama di hadapan Kongres semalam, Duterte berkata, untuk mengakhiri pergolakan berdarah yang telah berlarutan selama lebih sepuluh tahun di negara itu dan melaksanakan semula proses perdamaian, beliau mengumumkan gencatan senjata sepihak yang berkuat kuasa pada 25 Julai lalu.

Pengumuman gencatan senjata itu disambut baik oleh angkatan bersenjata Filipina, namun menyatakan bahawa mereka akan tetap berwaspada serta tidak teragak-agak untuk bertindak sekiranya diserang oleh NPA.

Usaha untuk memulihkan rundingan dengan kumpulan bersenjata itu pernah dilakukan semasa pemerintahan mantan Presiden Benigno Aquino III pada tahun 2010, namun gagal pada tahun 2013.

Kumpulan bersenjata berkenaan dikatakan tidak berhasrat untuk menyelesaikan masalah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China