Cari:
Malaysia Hoskan Persidangan Bersama ICAO-WCO
2016-07-26 15:50:09 CRI Cetak

Malaysia menjadi hos bagi Persidangan Bersama Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)-Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) untuk Memperkukuh Keselamatan dan Kemudahan Kargo Udara, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang bermula pada 26 hingga 28 Julai ini.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persidangan yang bertema "Laluan kepada Pelaksanaan Efektif" itu merupakan platform bagi perwakilan membincangkan keadaan keselamatan dan kemudahan kargo udara ketika ini, selain cabaran dan kemajuan yang wujud.

Beliau berharap agar persidangan tersebut dapat menyediakan gambaran jelas tentang peranan pihak berkuasa kastam serta pemain industri penerbangan dalam menentukan ruang angkasa yang lebih selamat memandangkan keselamatan dan kemudahan lebih baik terus menjadi keutamaan industri kargo udara.

(sumber Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China