Cari:
ASEAN+3 Mekanisme Paling Lengkap di Asia Timur 
2016-07-26 17:34:56 CRI Cetak
Negara-negara dari ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan diharap dapat memperkasakan kerjasama dalam beberapa bidang utama pada masa akan datang, yang mencakupi keselamatan kewangan, pelaburan dan perdagangan, pembasmian kemiskinan, kesalinghubungan, kapasiti pengeluaran, pertukaran sosiobudaya, dan lain-lain.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Negeri ASEAN+3 ke-17 (APT FMM Ke-17) di Vientian, Laos, hari ini.

Menurut Wang Yi, kerjasama ASEAN+3 adalah antara mekanisme yang paling lengkap di Asia Timur dan mempunyai kedudukan yang penting dalam sistem politik dan ekonomi Asia serta dunia.

Sebagai platform utama bagi menjayakan kerjasama Asia Timur, ASEAN+3 menjadi pendukung kepada proses integrasi ekonomi Asia Timur, sekali gus memainkan peranan penting dalam usaha merapatkan persefahaman antara pelbagai negara, meningkatkan kerjasama dan menghadapi cabaran.

Menteri luar dari negara-negara Asia Tenggara berharap agar China, Jepun dan Korea Selatan dapat terus berkongsi pengalaman masing-masing dan membantu negara-negara ASEAN mengurangkan jurang pembangunan demi kemakmuran bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China