Cari:
China Sokong Peranan Utama ASEAN dalam Kerjasama Serantau
2016-07-26 11:28:55 CRI Cetak

China menyokong penubuhan Komuniti Bersama ASEAN dan menyokong peranan utama ASEAN dalam kerjasama serantau.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN yang diadakan di Laos semalam.

Wang berkata, peranan utama ASEAN dalam kerjasama serantau telah dibentuk oleh sejarah dan memenuhi keperluan pembangunan serantau serta trend pelbagai polarisasi dunia pada masa ini.

China merupakan negara besar pertama yang memberikan sokongan terhadap peranan utama ASEAN, di samping menjadi negara pertama yang menganggotai "Perjanjian Kerjasama Asia Tenggara" serta aktif menyertai mekanisme kerjasama serantau yang diterajui ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China