Cari:
AMM ke-49 Keluarkan Kenyataan Bersama
2016-07-26 11:54:43 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-49 (AMM ke-49) yang diadakan di Vientiane, Laos mengeluarkan kenyataan bersama yang menegaskan komitmen untuk mewujudkan "Wawasan Komuniti ASEAN 2025".

Kenyataan tersebut memberikan penjelasan yang terperinci tentang penubuhan Komuniti ASEAN dalam aspek keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya, selain turut menegaskan dasar dan prinsip bagi menyelesaikan pertikaian serantau secara aman, dan tidak mengambil jalan keluar dengan menggunakan kekerasan bagi memelihara kedamaian, keselamatan dan kestabilan serantau.

Dalam bidang politik dan keselamatan, ASEAN mengalu-alukan lebih banyak negara menganggotai Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) bagi memelihara keamanan serantau, manakala dalam bidang ekonomi, kenyataan tersebut menyatakan bahawa ASEAN telah hampir mencapai matlamat yang digariskan dalam "Cetak Biru 2015".

Dalam bidang sosiobudaya pula, ASEAN menanti-nantikan penglibatan bersama semua anggota ASEAN bagi memperkasakan kerjasama dalam usaha melindungi alam sekitar, menangani perubahan iklim dan bencana alam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China