Cari:
Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN Buahkan Hasil
2016-07-26 12:42:04 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menyifatkan Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN di Vientiane amat berjaya kerana mencapai matlamat yang dikehendaki bersama.

Dalam taklimat media selepas mesyuarat tersebut diadakan semalam, Wang berkata, mesyuarat itu bukan sahaja telah menggariskan cetak biru perkembangan hubungan China-ASEAN pada masa depan, malah membawa semula isu Laut China Selatan ke landasan yang betul.

Menurut beliau, sejak terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN pada 25 tahun lalu, kerjasama antara kedua-dua pihak telah mencapai hasil yang memberangsangkan dan memberikan banyak manfaat.

Dalam tempoh 25 tahun akan datang, China akan tetap mengutamakan perkembangan hubungan dengan ASEAN dan bekerjasama dengan ASEAN dalam usaha membentuk Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN yang lebih kukuh.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China