Cari:
AS Sokong Beijing, Manila Sambung Dialog
2016-07-28 15:13:42 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dalam pertemuan dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Manila semalam, menekankan pentingnya rundingan dan dialog antara pihak-pihak yang berkepentingan demi menyelesaikan pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan.

Dalam sidang akhbar selepas pertemuan tersebut, Kerry berkata, tibalah masa bagi semua pihak untuk memandang ke hadapan dan mencari kaedah positif demi kebaikan bersama.

Menurut jurucakap Duterte, kes timbang tara Laut China Selatan disentuh dalam pertemuan tersebut, namun kedua-dua pihak tidak mencapai sebarang perjanjian.

John Kerry tiba di Filipina pada 26 Julai untuk lawatan rasmi selama dua hari ke negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China