Cari:
CAECW Buka Tirai di Guiyang
2016-08-01 13:22:31 CRI Cetak

Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN (CAECW) ke-9 yang bertemakan "Utamakan Pendidikan, Bersama Ubah Impian Jadi Kenyataan" membuka tirainya di Guiyang, provinsi Guizhou di barat daya China, hari ini. CAECW ini dianggap sebagai aktiviti perdana dalam program Tahun Pertukaran Pendidikan China-ASEAN, dan juga merupakan komponen penting dalam aktiviti memperingati ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog antara China dengan ASEAN.

Dimaklumkan, seramai 1,800 orang tetamu diundang untuk menyerikan majlis pembukaan aktiviti tersebut, antaranya kira-kira 500 tetamu asing yang terdiri daripada ketua negara, duta besar dan pegawai kanan pendidikan dari negara-negara ASEAN serta pegawai berkenaan dari Korea Selatan, Switzerland dan Rusia.

CAECW kali ini lebih menyerlah pada ciri-cirinya seperti berikut ini: pertama, peringkat yang tinggi. Dua aktiviti penting, iaitu mesyuarat kedua peringkat naib perdana menteri China-Indonesia dan mesyuarat meja bulat menteri pendidikan China-ASEAN kedua akan dirasmikan secara serentak sepanjang minggu tersebut. Kedua, skop yang besar. Lebih kurang 3,000 orang tetamu akan menyaksikan aktiviti berkenaan. Dan ketiga, agenda yang padat. Terdapat 30 program yang melibatkan kehadiran canselor universiti dan muda-mudi dari China dan negara-negara ASEAN akan dilancarkan dalam tempoh minggu ini.

Mesyuarat meja bulat menteri pendidikan China-ASEAN kedua akan diadakan di bandar Guiyang pada 2 Ogos depan. Ramai menteri akan merebut kesempatan ini untuk membincangkan isu-isu seperti pembangunan modal insan, pendidikan vokasional kepada golongan muda serta inovasi dan pembaharuan terhadap sistem pendidikan. Difahamkan, Pelan Tindakan Kerjasama Pendidikan China-ASEAN bagi 2016 hingga 2020 akan diluluskan pada mesyuarat tersebut, yang kandungannya mencakupi pendidikan asas, pendidikan tinggi, pendidikan vokasional, pertukaran pelajar, kerjasama kumpulan pemikir, dan sebagainya.

Sebagai wadah penting untuk merancakkan kegiatan pertukaran sosiobudaya antara China dengan ASEAN, CAECW yang pertama kali dilancarkan pada 2008 telah mencapai prestasi yang cemerlang. Setakat ini, bilangan peserta yang menyertai aktiviti tersebut mencecah 10 ribu orang, manakala sekolah dan badan pendidikan berjumlah lebih kurang 1,800 buah, dengan tercapainya sebanyak 794 perjanjian kerjasama atau memorandum persefahaman (MoU). Selain itu, pelajar dari negara-negara ASEAN yang menuntut ilmu di China meningkat kepada 71,101 orang pada tahun lepas berbanding 49,580 pada 2010. Manakala, pelajar China yang melanjutkan pelajaran di negara-negara Asia Tenggara juga bertambah dengan ketara sepanjang tahun lalu. Boleh dikatakan, CAECW benar-benar berperanan memperluas pertukaran modal insan antara China dengan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China