Cari:
Indonesia Peringati Ulang Tahun ke-611 Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Negara Asia dan Afrika
2016-08-01 10:58:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Aktiviti perarakan dengan membawa patung Laksamana Cheng Ho anjuran Kementerian Pelancongan Indonesia diadakan di Samarang, ibu kota provinsi Jawa Tengah, Indonesia pada 31 Julai lalu. Aktiviti tersebut bertujuan untuk memperingati ulang tahun ke-611 pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika.

Pengerusi jawatankuasa persiapan aktiviti perarakan memaklumkan bahawa aktiviti seumpama ini diadakan di Samarang setiap tahun untuk memperingati lawatan Cheng Ho ke Indonesia. Selepas perkembangan dalam tempoh beberapa tahun, aktiviti ini telah menjadi salah satu festival yang paling meriah di Samarang. Aktiviti kali ini diadakan berskala lebih besar berbanding dengan tahun-tahun dahulu untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China