Cari:
Lee Hsien Loong: Ideologi Radikal Mustahil Berpijak di Singapura
2016-08-02 14:09:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Zulfikar Mohamad Shariff, 44, warga Singapura telah ditangkap dan ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura baru-baru ini kerana secara terbuka menyokong kumpulan militan Negara Islam (IS) dan menyebarkan ajaran-ajaran ideologi radikal melalui media sosial, sekali gus melanggar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) negara itu.

Demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada 29 Julai lalu.

Lee Hsien Loong berkata, kumpulan pelampau dan ajaran keganasan yang disebarkan mereka mustahil berpijak di Singapura yang berbilang kaum dan agama. Kerajaan negara itu akan sentiasa berwaspada untuk mengenal pasti anggota kumpulan pelampau tersebut. Pada masa yang sama, usaha tersebut juga memerlukan bantuan dan sokongan daripada seluruh masyarakat Singapura demi memelihara keharmonian sosial

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China