Cari:
Jawatankuasa Perdamaian Myanmar Bincang "Sidang Panglong" dengan Kumpulan Bersenjata Mongla
2016-08-02 15:09:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jawatankuasa Perdamaian dan Pembangunan Myanmar mengadakan rundingan dengan kumpulan bersenjata etnik minoriti Mongla dari negeri Shan di Yangon, ibu kota Myanmar pada 1 Ogos lalu.

Kedua-dua pihak berbincang tentang sidang damai Myanmar yang juga Sidang Panglong abad ke-21.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Perdamaian dan Pembangunan Myanmar, Khin Zaw Oo dalam sidang media selepas rundingan itu berakhir menyatakan bahawa kumpulan bersenjata Mongla telah berjanji untuk tidak memecah-belahkan negara, di samping menyokong semua pihak menyertai Sidang Panglong.

Tambah beliau, kumpulan bersenjata Mongla akan berusaha sedaya upaya untuk menyertai sidang tersebut, namun pihak mereka masih memerlukan perbincangan lanjut tentang sama ada akan menandatangani perjanjian gencatan senjata seluruh negara atau tidak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China