Cari:
Polis Filipina Tembak Mati Penyeludup Dadah
2016-08-03 14:45:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Polis Filipina telah menembak mati 402 penyeludup dadah sejak Rodrigo Duterte mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina pada awal bulan Julai lalu.

Demikian menurut statistik yang diumumkan oleh Polis Filipina pada 2 Ogos lalu.

Polis mendedahkan bahawa pihaknya telah menangkap dan menahan sebanyak 5,418 penyeludup dadah dalam 220 ribu serbuan yang bermula pada 1 Julai hingga 2 Ogos lalu. Dilaporkan, hampir 600 ribu lagi penyeludup dadah telah menyerahkan diri kepada pihak polis secara sukarela.

Pada hari yang sama, jurucakap Jabatan Presiden Filipina, George Abela memaklumkan, dalam masa terdekat ini, Presiden Duterte bakal mengumumkan senarai 27 orang pegawai tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah penyeludupan dadah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China