Cari:
Eksplorasi Kebudayaan dan Pelancongan China-Thailand 2016
2016-08-03 14:46:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn semalam di Bangkok mengumumkan bahawa aktiviti Eksplorasi Kebudayaan dan Pelancongan China-Thailand 2016 anjuran TAT dan Kementerian kebudayaan China bakal dijalankan pada 22 Ogos hingga 29 September depan.

Aktiviti kali ini diharap dapat menarik lebih banyak pelancong China untuk mengunjungi Thailand serta mendekati dan memahami sumber pelancongan negara itu, sekali gus mengeratkan kerjasama kedua-dua negara dalam sektor pelancongan dan kebudayaan.

Majlis pelancaran Eksplorasi Kebudayaan dan Pelancongan China-Thailand 2016 dijadualkan diadakan di

bandar Erdos, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, China yang juga dipilih sebagai lokasi permulaan bagi konvoi eksplorasi kali ini.

Konvoi yang terdiri daripada 70 buah kenderaan akan merentasi tujuh wilayah dan provinsi di China, seperti Mongolia Dalam, provinsi Shanxi, Henan, Hubei, Hunan, Guizhou dan Yunnan, kemudian melalui Laos untuk memasuki Thailand.

Selepas mengunjungi bandar-bandar utama di bahagian utara, timur laut, tengah dan timur Thailand, konvoi tersebut dijadualkan tiba di Bangkok pada 28 September depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China