Cari:
Indonesia, Malaysia dan Filipina Rancang Rondaan Bersama di Kawasan Perairan Sulu
2016-08-03 15:35:51 CRI Cetak

Menteri Pertahanan dari Indonesia, Malaysia dan Filipina telah mengadakan mesyuarat di Bali Indonesia semalam untuk membincangkan langkah-langkah kawalan keselamatan di kawasan perairan Sulu dan rancangan untuk melaksanakan latihan ketenteraan di sana.

Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Filipina, Delfin N.Lorenzana telah menghadiri mesyuarat itu.

Dalam mesyuarat tersebut, pemimpin ketiga-tiga negara telah membincangkan kaedah kawalan keselamatan maritim untuk mengatasi ancaman pengganas, jenayah rentas sempadan, perdagangan manusia, isu pelarian dan penyeludupan dadah.

Menurut maklumat, kes penculikan telah berlaku beberapa kali di kawasan perairan tersebut sejak awal tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China