Cari:
Perdana Menteri Kemboja Ditemui Delegasi China
2016-08-03 15:37:22 CRI Cetak

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng yang mengetuai delegasi ekonomi dan perdagangan kerajaan China telah menemui Perdana Menteri kerajaan Kemboja, Hun Sen di Phnom Penh, Kemboja kelmarin. Kedua-dua pihak menyanjung tinggi hubungan dua hala dan pencapaian dalam kerjasama yang saling menguntungkan.

China dan Kemboja bersedia untuk terus memberikan sokongan, menggalakkan kerjasama dan pembangunan inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R), meningkat kerjasama kapasiti pengeluaran, pelaburan dan perdagangan serta kerjasama pertanian dan infrastruktur, di samping mendorong perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara melonjak ke tahap baharu.

Dalam tempoh lawatan tersebut, Gao juga telah mengadakan rundingan dengan pegawai-pegawai kanan Kemboja untuk melaksanakan pelbagai konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China