Cari:
Pelaburan China di Indonesia Terus Meningkat
2016-08-03 15:51:06 CRI Cetak

Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) Indonesia mendedahkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Indonesia meningkat 1 peratus, mencecah USD14 bilion pada setengah tahun pertama berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas. Pelaburan dari China meningkat 529.28 peratus, dengan jumlah USD2.11 bilion, sekali gus menjadi negara pelabur ketiga terbesar bagi Indonesia.

Menurut pegawai BKPM, peningkatan pelaburan China di Indonesia adalah disebabkan

kebanyakan pelaburan tertumpu dalam industri pemprosesan mineral yang memerlukan modal yang besar. Beliau menyuarakan harapan agar Indonesia dan China terus memperkasakan kerjasama ekonomi bagi mewujudkan situasi menang-menang.

Indonesia mengalu-alukan syarikat dari dalam dan luar negara untuk menanam modal dan menjalinkan kerjasama dalam industri

pembuatan, infrastruktur, pertanian, perikanan dan taman perindustrian serta pelancongan di Indonesia pada masa akan datang. Selain itu, Indonesia berhasrat untuk menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China