Cari:
UnionPay International Tingkat Kerjasama dengan Indonesia
2016-08-04 13:03:51 CRI Cetak

UnionPay International China dan tiga bank Indonesia menandatangani perjanjian kerjasama komprehensif untuk memperluas penggunaan kad UnionPay di negara itu, sekali gus sebagai tanda sokongan kepada pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Tiga bank Indonesia tersebut terdiri daripada bank swasta Indonesia yang paling besar, Bank Central Asia (BCA) serta dua bank milik negara, Bank Mandiri dan Bank Rakyat Indonesia (BRI). Menurut jangkaan, menjelang penghujung tahun 2017, penggunaan kad UnionPay dalam pelbagai rangkaian perniagaan di Indonesia akan meningkat sehingga 80 peratus.

Ketua Eksekutif UnionPay International China, Cai Jianbo berkata, Indonesia merupakan antara negara penting dalam inisiatif B&R. Pihaknya sedang berusaha untuk menggalakkan pertukaran dalam kalangan rakyat kedua-dua negara melalui usaha membaiki persekitaran penggunaan kad UnionPay, seterusnya menggalakkan pengggunaan kad itu di Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China