Cari:
Jumlah Permohanan Paten Meningkat
2016-08-05 12:13:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah permohonan paten yang diserahkan oleh negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) meningkat secara mendadak pada separuh tahun pertama tahun ini.

Demikian menurut Laporan Harta Intelek B&R yang dikeluarkan dalam Mesyuarat Peringkat Tinggi Harta Intelek B&R anjuran Jabatan Harta Intelek Negara China (SIPO) yang diadakan di Beijing baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut, sebanyak 1,664 permohanan paten dikemukakan oleh 34 buah negara yang terlibat dalam inisiatif B&R kepada China. Angka ini meningkat 20.8 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua SIPO, Shen Changyu menyatakan bahawa SIPO akan memperkasakan kerjasama dan pertukaran dengan Organisasi Harta Intelek Sedunia (WIPO) pada masa hadapan untuk mencari kaedah terbaik bagi mewujudkan mekanisme kerjasama harta intelek antara negara-negara yang terlibat dalam inisiatif B&R dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China