Cari:
Indonesia Percepat Pembinaan HSR Jakarta-Bandung
2016-08-05 14:27:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Indonesia akan mempercepat pembinaan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang merangkumi pembinaan infrastruktur seperti landasan kereta api dan stesen kereta api.

Demikian dinyatakan Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia, Rini Soemarno di Jakarta baru-baru ini.

Rini berkata, masalah pembiayaan projek tersebut dijangka diselesaikan pada pertengahan bulan Ogos ini. Sekiranya mendapat permit pembinaan daripada kementerian pengangkutan negaranya, projek tersebut boleh dilaksanakan bermula minggu depan.

Beliau memaklumkan bahawa projek HSR Jakarta-Bandung, usaha sama Syarikat HSR Indonesia-China, dilengkapi dengan teknologi HSR China yang paling canggih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China