Cari:
Myanmar Tingkat Kawalan Keselamatan terhadap Aung San Suu Kyi
2016-08-05 14:59:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Myanmar akan mengambil pelbagai langkah bagi menjamin keselamatan Penasihat Negara merangkap Menteri Luar Myanmar, Aung San Suu Kyi selepas nama beliau dimasukkan dalam senarai nama pemimpin negara yang menjadi sasaran kumpulan militan Negara Islam (IS).

Demkian dinyatakan jurucakap Pejabat Presiden Myanmar, Zaw Htay semalam.

Tambah beliau, kawalan keselamatan terhadap Suu Kyi harus diberikan penekanan dan perhatian, khususnya keselamatan yang lebih ketat, keselamatan dalaman, keselamatan luaran dan keselamatan laluan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah menerima surat ancaman IS pada awal bulan Julai lalu yang menyenaraikan banyak nama pemimpin negara Asia Tenggara antaranya termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China