Cari:
China Komited Laksanakan Integrasi Ekonomi Serantau di Asia Timur
2016-08-05 15:09:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China akan memberikan sokongan padu terhadap peranan utama ASEAN dan mekanisme ASEAN Campur Tiga dalam kerjasama Asia Timur, selain bersedia dengan semua pihak bagi menggalakan proses integrasi ekonomi serantau serta mendorong kemakmuran ekonomi serantau dan dunia.

Demikian dinyatakan Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Ekonomi dan Perdagangan ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-19 semalam.

Menurut Gao, populasi di Asia Timur yang sejumlah hampir 2.2 bilion mewujudkan pasaran domestik yang besar. Antara entiti ekonomi di dunia, Asia Timur mempunyai keupayaan yang paling kuat dan mampu untuk menghadapi sebarang risiko ekonomi, selain boleh mencapai kitaran ekonomi yang lengkap dari bahan mentah kepada pembuatan sehingga penggunaan akhir. Pemindahan industri secara berterusan telah meningkatkan kerjasama di rantau ini, sekali gus mendorong pelaburan rentas sempadan dan perdagangan antara industri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China