Cari:
MAS Perlu Transfor Kos Rendah Demi Cukai Keutamaan
2016-08-06 16:38:07 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam berkata kepada media tempatan bahawa Malaysia Airlines Berhad(MAS) boleh menikmati cukai lebih rendah jika syarikat itu beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang murah.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Peter Bellew telah mengemukakan anjuran yang berharap kerajaan membenarkan MAS menggunakan terminal tambang rendah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Ke-2 (KLIA2) bagi membolehkan MAS mendapat keutamaan cukai dan menjimat kos pengendalian.

Liow Tiong Lai pula berkata, kerajaan sentiasa membantu industri penerbangan tambang murah dengan mengenakan cukai lebih rendah terhadap syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah.

Penstrukturan semula MAS menghadapi banyak kesukaran. Namun, Peter Bellew secara optimistik menyatakan, MAS dapat memperoleh keuntungan semula dalam tempoh tiga tahun dan akan tersenarai dalam bursa saham selepas 2019.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China