Cari:
Yingluck Kritik Keputusan Pungutan Suara Thai
2016-08-09 17:24:16 CRI Cetak

Mantan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengkritik keputusan pungutan suara draf perlembagaan baharu Thai sebagai "kembali kepada keadaan negara sebelumnya" walaupun akur dengan pilihan rakyat Thailand.

Yingluck menyuarakan pendapatnya terhadap pungutan suara tersebut melalui laman sosial Facebook.

Menurut beliau, rakyat tidak berpeluang untuk menyatakan pandangan atau kritikan mereka tentang draf perlembagaan tersebut kerana pihak tentera tidak membenarkan sebarang perdebatan belum pungutan suara tersebut diadakan.

Beliau tidak terkejut dengan keputusan pungutan suara yang berpihak kepada tentera itu.

Thailand telah mengadakan pungutan suara tentang draf perlembagaan baharu pada 7 Ogos lalu.

Keputusan tidak rasmi pungutan suara draf perlembagaan yang dicadangkan kerajaan pimpinan tentera menunjukkan bahawa 61.4 peratus rakyat Thai menyokong draf tersebut, manakala 38.6 peratus lagi menentang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Thailand, Prayuth chan-o-cha memaklumkan, rakyat Thailand tidak memilih untuk "mengulangi kesilapan" namun memilih "masa depan yang tidak pasti".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China