Cari:
Malaysia Perkenal Program Biodiesel kepada Tianjin
2016-08-10 14:20:22 CRI Cetak

Malaysia mempelawa Tianjin untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat Malaysia dalam program biodiesel, di samping minyak sawit.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, biodiesel menawarkan peluang yang luas memandangkan dasar tenaga hijau China menyasarkan 15 peratus penggunaan bahan api bukan fosil menjelang 2020 dan pasarannya besar.

Mah berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak Sawit China di bandar utara China itu, Selasa lalu.

Menurut beliau, Malaysia berharap dapat mengadakan usaha sama dengan Tianjin bagi pelaksanaan program biodiesel.

Mah yakin, kerjasama berkenaan akan memberi faedah kepada kedua-dua negara kerana akan membawa kepada penjimatan sebanyak 820 juta liter minyak dan pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak 2.16 juta tan metrik.

Dimaklumkan, Malaysia, yang mempunyai 18 kilang biodiesel, telah melaksanakan biodiesel B7 dan dalam usaha memulakan penggunaan B10 akhir tahun ini, selain bersedia untuk mengeksport lebih banyak B7 ke Tianjin dan Beijing.

Tambah Mah lagi, pihaknya telah mengundang kerajaan perbandaran Tianjin untuk datang ke Malaysia bagi mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.

(sumber Astro Awani Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China