Cari:
Malaysia Kemas kini Senarai Suspek Pengganas
2016-08-10 14:51:36 CRI Cetak

Malaysia sentiasa mengemaskinikan senarai suspek dengan pertubuhan keselamatan dunia dan negara asing bagi mengekang kemasukan pengganas asing (FTF) atau mereka yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Demikian dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Mesyuarat Antarabangsa Menentang Keganasan (IMCT) di Nusa Dua, Bali, Indonesia, hari ini.

Menurut beliau, senarai tersebut sentiasa dikemaskinikan dan diselenggarakan pihak berkuasa Malaysia yang bekerja rapat dengan badan antarabangsa yang turut melaksanakan larangan perjalanan termasuk Interpol dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mengekang kemasukan suspek pengganas.

Sementara itu, Zahid berkata, Malaysia bersedia untuk berkongsi pengetahuan dengan negara-negara lain untuk menjalankan program pemulihan pengganas berdasarkan Modul Deradikalisasi Tahanan Bersepadu yang dirangka agensi keselamatan negara.

Dilaporkan, sebanyak 21 negara dan 330 delegasi menghadiri IMCT yang bertemakan Menangani Pergerakan Keganasan Merentas Sempadan di Indonesia itu.

(sumber Berita Harian Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China