Cari:
Singapura, Malaysia, Indonesia Tingkat Usaha Perangi Keganasan
2016-08-11 14:05:44 CRI Cetak

Singapura, Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam usaha memerangi keganasan.

Semasa Mesyuarat Antarabangsa Menentang Keganasan (IMCT) di Nusa Dua, Bali, Indonesia, Menteri Ehwal Dalam Negeri Singapura, K. Shanmugam dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersetuju untuk bertukar-tukar maklumat biometrik, termasuk cap jari individu yang disyaki anggota militan dan mereka yang disabit dengan jenayah keganasan, serta berkongsi amalan terbaik bagi membanteras fahaman radikal dan membasmi ektremisme menerusi pertukaran peringkat institusi.

Ketika bertemu dengan Menteri Penyelaras Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Menko Wiranto, Shanmugam berkata, oleh sebab terdapat rangkaian-rangkaian pengganas yang bersifat rentas sempadan dan daya tarikan daripada propaganda Daesh, maka adalah penting untuk menyekat pergerakan pengganas rentas sempadan.

Menurut beliau lagi, langkah-langkah berkenaan perlu diutamakan setelah pihak berkuasa Indonesia menangkap enam orang di Batam, dan menumpaskan satu komplot untuk menyerang Marina Bay Sands di Singapura dengan menggunakan roket.

(sumber MediaCorp Singapura)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China