Cari:
Jepun, Filipina Perkukuh Kerjasama Maritim
2016-08-12 15:29:12 CRI Cetak

Jepun akan terus menyediakan bantuan keselamatan maritim kepada Filipina bagi membantu meningkatkan keupayaan pasukan pengawal pantai negara itu.

Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Perfecto Yasay di Davao, selatan Filipina semalam sempena rangka lawatan rasminya ke negara itu yang bermula pada 10 Ogos lalu.

Kishida dilaporkan berjanji untuk membantu Filipina memperkasakan penguatkuasaan undang-undang maritim, selain membekalkan 10 kapal peronda kepada Filipina menerusi Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA).

Satu daripada kapal peronda tersebut dijangka tiba di Filipina pada penghujung Ogos ini.

Tambah beliau, lawatan kali ini merupakan peluang keemasan kepada Jepun untuk mengeratkan hubungan dengan kerajaan Filipina yang dipimpin oleh Rodrigo Duterte.

Selain itu, Jepun berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama dengan Filipina dalam bidang politik, ekonomi, pembinaan infrastruktur dan kebudayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China