Cari:
Indonesia Terap Dua Pendekatan Banteras Keganasan
2016-08-12 15:37:14 CRI Cetak

Indonesia menyedari bahawa operasi memerangi keganasan harus dilakukan secara seimbang antara pendekatan yang menggunakan kekerasan, iaitu melalui penguatkuasaan undang-undang dengan pendekatan yang lebih lembut, iaitu menggalakkan semua lapisan masyarakat menyebarkan nilai toleransi dan menolak ideologi radikal.

Demikian dinyatakan Wakil Menteri Luar Indonesia, Abdurrahman Mohammad Fachir ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pembanterasan Pembiayaan Keganasan ke-2 yang berlangsung di Nusa Dua, Bali pada 9 Ogos lalu.

Menurut Fachir, aktiviti pengganas semakin bermaharajalela di seluruh dunia.

Setakat ini, lebih kurang 33 ribu orang dari 100 buah negara telah menjadi anggota Daesh.

Tegas beliau, program deradikalisasi harus diintensifkan pada masa hadapan bagi memastikan militan-militan tersebut dapat kembali ke pangkuan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China